Saturday 27 July 2013

Ikrar !






Assalamualaikum dan Hello :)





Adikadik sesi 2013/2014 yang bakal mendaftar september ini . Apa khabar? Bagaimana Ramadhan? Persiapan Raya dah mula? Okay sebelum sibuk raya Ogos ini, kakak yang baik hati ini InshaAllah akan ceritakan dan terangkan pemakaian Sesi Angkat Sumpah di Dewan Besar :) Adikadik diwajibkan untuk memakai baju putih , berseluar/berkain hitam , berkasut hitam dan bertudung putih .







 Kakak ada lampirkan gambar untuk awak . Bagi yang gadisgadis , tak jadi masalah pun jikalau baju kurung putih awak tu ada bungabunga kecil ke , corak sikit pun tak menjadi masalah ye . Awak boleh pakai semula untuk ke kuliah baju kurung tu :) 






Ini contoh pakaian Angkat Sumpah bagi kategori lelaki  :) InshaAllah awak akan dapat hadiah tali leher UPM , awak pakai cantikcantik ye nanti !


Yang ini pula , bagi kategori gadis :) contoh pakaian untuk awak. Kalau awak boleh nampak , akak pun guna baju yang corak sebenarnya :D Yang gadis InshaAllah akan dapat hadiah selendang UPM , pakai elokelok ayuayu kay!




Okay semua dah faham tentang pemakaian untuk Sesi Angkat Sumpah nanti? Sambilsambil beli baju / kain raya , awak capailah kain putih dan hitam , lepas tu jahit sendiri hiii :) isi masa lapang lah katakan ! Jangan pula nanti orientasi , ada yang mengadu kata tak ada baju kurung putih dan kain hitam ! Akak bagi 'hadiah' kang heee ^_^  Selamat berpuasa , bersahur , bertarawih dan beribadat ! 






Lupa nak ucapkan Tahniah kepada pelajar kolej 16 yang telah menyemak keputusan semester lepas ! Walau apa pun keputusan , bersyukur dan berusaha ye . Hwaiting semua . Salam :)






2 comments:

  1. Assalamualaikum kakak or abang or adik yg manage blog ni.. ;)

    Omaigodddd terharu baq ang jumpe n find out yg blog ni dibuat utk kitorang yg akan masok k16 sept niiiii.. Sobs sobs. Nanges laju laju terharu sgt2. XD
    Eh siyes nih terharu, search blog kolej lain takde pong.

    Tak sangke lak wujud senior yg thoughtful cam korang. Cam tau tau je akan ade makhluk search 'Gambar bilik kolej 16 upm' ----saya lah tu. :p

    Dari cuak nak tberak tros jadi kentot esaited kelegaan sbb da tau view K16 cmne..huu..mekasih mekasih.

    Jumpe kat sne nnt :D.. Tp cr la cr sape saye. Malu seh. Ingat nak komen as anon td tp xboleh. Tp nk komen gak.. Bahahaha

    Eh, sne ade nyamok? Ngee..
    Selamat berpuase guys :D

    Mekaseh mekaseh mekaseh mekasihhhhhh

    ReplyDelete
  2. hiii comel je adik ni :) samasama . Nanti jumpa orientasi kay! nanti akak annouce siapa penguin biru hii (taklah gurau je) . Nyamuk . Alhamdulillah setakat ini macam tak de sangat dik .


    samasama samasama !

    ReplyDelete