Friday 12 September 2014

Kenangan Minggu Perkasa Putra



assalamualaikum wbt. and salam sejahteraaa ~

Haiii, kali ni, admin blogger semacam nak postkan videos. A lot of videos sebenarnya. *tapi dia punya waiting and uploading like forever. k takpe. mari berceloteh sikit*
Alhamdulillah, and tahniah guyz sebab kita dah berjaya mengharungi hari-hari orientasi kita selama seminggu. *big claps hand*

Masuk je ke alam universiti dan sesi kuliah akademik semester 1, 2014/2015 yang pasti ramai dalam kalangan juniors kita menghadapi sedikit kesukaran untuk mengenalpasti lokasi-lokasi kuliah di UPM ni haa. tapi tak ape, itu merupakan situasi normal untuk pelajar yang pertama kalinya menjejakkan kaki ke UPM. Alah bisa tegal biasa, nanti lama-lama anda-anda akan familiar dengan Pusat Sukan UPM, flet ikan, Dewan Banquet, KAA, KAE, library, Bangunan Pentadbiran dll ~


ni nak beritahu, orientasi yang lalu, melibatkan banyak taklimat di Dewan Besar. Hampir setiap hari, juniors kita dikehendaki ke DB tu untuk mendengar taklimat, dan apabila ada selingan dan ruangan waktu diisi dengan program bersama fasilitator kolej. Tahniah team AJK Program Fasi Kolej untuk pengagihan slot antara seki-seki.



ni lah suasana hari kedua orientasi iaitu hari Rabu; 03 September 2014
Pagi-pagi sebelum pelajar baru dilepaskan untuk ke DB, lepas makan ada slot bersama sekretariat MTM yang telah ditetapkan mengikut hari.







Lepas seharian sesi taklimat di DB, malamnya ada slot bersama Sekretariat Akademik. Games yang dijalankan ialah melukis peta Malaysia menggunakan marker yang diikat dengan tali rafia. Ohsemm sangatt!!~






Seterusnya, kita ke perjalanan masa tanggal hari Khamis; 04 September 2014 yang mana hari bersejarah bagi pelajar-pelajar baru kita kerana hari itu merupakan hari Ikrar Pelajar-Pelajar Baharu UPM. Mereka dikehendaki memakai pakaian formal berbaju kurung putih atau kemeja putih dan berkain/berseluar hitam , kasut bertutup hitam dan berselendang merah UPM bagi perempuan.







Kemudian, kita merentasi lagi mesin masa melalui hari Khamis pada malamnya, slot yang dikendalikan oleh Sekretariat Kerohanian dan Pembangunan Sahsiah oleh Saudara Abdul Kharul Muiz dan Saudari Huda. Games yang telah dilaksanakan ialah radio rosak, yang mana peserta pertama dalam setiap kumpulan akan melihat gambar seekor binatang aneh dan disampaikan sampai ke peserta yang hujung, dan yang hujung akan melukis. Haha ohsemm lagiii sebabnye fasi-fasi boleh ganggu semua adik-adik yang fokus nak sampaikan maklumat. Lewls~




Mesin masa kita berubah ke hari Jumaat; 05 September 2014 hari yang mana pelajar-pelajar lelaki muslim akan pergi menunaikan kewajipan solat Jumaat di Masjid UPM berjemaah.


Seterusnya, hari Sabtu; 06 September 2014 , slot informasi mengenai Perpustakaan, Meal Plan Kad dan Sesi Bersama Kaunselor di Dewan Putra 2 bersama kolej serumpun yang lain.








Hari Sabtu juga ada aktiviti Bazaar Persatuan di Bukit Ekspo serta turut dipertandingkan pertandingan cheers antara kolej. Daebakkk sangat~





Hari Ahad, 07 September 2014 sesi taklimat akhir di Dewan Besar bertajuk Integrasi seterusnya Malam Penutupan Minggu Orientasi pada malamnya, yang melibatkan kesemua pelajar baru dalam mempersembahkan persembahan istimewa kepada VIP kita seperti Pengetua dan Felo-felo Kolej 16.















~~Tamatlah sudah Minggu Orientasi atau nama lainnya, Minggu Perkasa Putra 2014/2015
Tahniah untuk penglibatan pelajar baru dalam minggu orientasi.
Tahniah juga untuk barisan Majlis Tertinggi Mahasiswa serta Pengurusan Kolej 16 dalam merealisasikan minggu yang serba mencabar dan seronok ini.







2 comments:

  1. sy stpm dapt 3.00 . agaknya susah tak nak apply upm ? btw tahniah yer awak dapat upm :)

    ReplyDelete
  2. sy stpm dapt 3.00 . agaknya susah tak nak apply upm ? btw tahniah yer awak dapat upm :)

    ReplyDelete