Friday 19 December 2014

Chapter Student Ambassador Night :D


Assalamualaikum and hello Sixteeeeeen ^^ 

kini menghitung jari, sedar tak sedar kita dah masuk ke minggu empatbelas. MINGGU 14 WEHH!! Sebenarnya, terlalu banyak aktiviti dan program yang telah dijalankan semester ni. Bermula dari MTB, Majlis Perasmian SUKOL, Fesko 2014 sempena Pesta Konvo, kejohonan Sukan Kolej (yang melibatkan mtm sukan setiap kolej dan para peserta hampir setiap minggu dengan sukan yg berbeza). Tahniah untuk semua yang terlibat!

Makanya, kalini Sekretariat Penerbitan & Alumni ingin berkongsi sedikit program yg telah dijayakan Selasa malam lepas. Jemaah Sekretariat Alumni Kolej-kolej Kediaman dengan kerjasama pihak Pusat Alumni UPM telah menganjurkan....

MAJLIS PERLANTIKAN CHAPTER STUDENT AMBASSADOR 2014/2015

Majlis rasmi sebegini merupakan julung kalinya diadakan antara pihak Pusat Alumni UPM dengan Jemaah Sekretariat Alumni Kolej-kolej Kediaman. Ianya merupakan suatu ilham daripada seorang insan warga Pusat Alumni UPM yang berhasrat untuk menyatukan dan mengeratkan hubungan dengan pelajar-pelajar UPM bagi menjayakan program-program yang bakal dianjurkan oleh Pusat Alumni. Secara teoritically nya, MTM Sekretariat Penerbitan & Alumni Kolej Enam Belas yg terlibat malam itu ialah Saudara Meor Mohammad Sollehuddin dan Saudari Nur Shafiah Manirah.



Untuk pengetahuan semua, Pengerusi Jemaah Sekretariat Alumni Kolej-kolej Kediaman atau lebih dikenali dengan nama glamor President of Chapter Student Ambassador ialah Saudara Muhammad Al-Imran daripada Kolej Mohamad Rashid. ecewahhh~tenenenenett~~ 

Kolej Enam Belas menjadi AJK teknikal pada malam itu, yang betul-betul bagi suasana dan pengalaman baru pada kami. Setiap AJK adalah dari setiap kolej. Majlis rasmi ini diadakan di Dewan Sri Pulasan, Kolej Keenam, UPM. Yang pasti, kami kena betul-betul adapt dengan keadaan tempat situ sebabnya dewan tu ada bilik teknikal sendiri. Tapi, alhamdulilah semuanya berjalan lancar. Kerja-kerja teknikal ni takkan berjalan lancar tanpa pertolongan partner Sekretariat Penerbitan & Alumni K16 dengan seorang ajk iaitu Amirulmukminin dan Meor.   


yeahhh, sociallize dengan mtm-mtm kolej kediaman yang lain yang turut menjadi ajk pada malam itu. senyum-senyum dan tegur sapa tu laa yang mengeratkan hubungan kita..:))



sekilas , Majlis Perlantikan CHAPTER STUDENT AMBASSADOR, penyerahan surat perlantikan kepada semua mtm Sekretariat Alumni Kolej-kolej Kediaman.


dan.. masa yang dinanti-nantikan, makan time! ihee. ade jugak persembahan tak rasmi yang dipersembahkan oleh pelajar UPM semasa aktiviti makan-makan. 

bergambar dengan mtm dari Kolej Enam Belas, Kolej Lima Belas, Kolej Keenam, dan juga Kolej Tun Perak :D



ini pula barisan mtm dari Kolej Canselor, Kolej 17, KTDI, K2 dan juga KOSASS

AJK-AJK Protokol dari Kolej Keenam.

ini pula mtm-mtm dari Kolej 14, Kolej 13, dan kolej-kolej yg lain.. 









dan..akhir sekali, kumpul ramai-ramai..dannnnn

S E N Y U U U M M M 

Sekian dulu, melaporkan program dari pihak Sekretariat Penerbitan & Alumni. Sebarang pertanyaan dan perkongsian boleh diajukan ke laman twitter kami @kolej16upm mahupun emailkan pada kami: kolej16upm@gmail.com 

SALAM PERINTIS KEUNGGULAN~



No comments:

Post a Comment